Fesyen Untuk Semua

Salam/hi..

Saiz bukan halangan untuk bergaya!

Fesyen untuk semua. Ya, fesyen bukan sahaja untuk golongan yang "cantik", yang mempunyai potongan badan yang menarik, berkulit cerah atau tinggi lampai, tetapi fesyen juga untuk golongan yang tidak tergolong di dalam kategori tersebut. Dan ingin juga saya tekankan di sini bahawa cantik bukanlah sesuatu yang hanya terlihat di mata, tetapi cantik juga boleh dinilai dari perspektif yang berbeza. Bagi sesetengah pihak, gempal itu cantik, gelap itu menawan dan rendah itu comel. Benarkan?

Bercakap tentang pemilihan fesyen pula, bagi golongan yang bersaiz besar, mereka sering berasa sukar untuk memilih pakaian yang sesuai. Tambahan pula, pakaian yang bersaiz XXXL dan XXXXL sukar untuk didapati di Malaysia.

Namun, itu semua bukan satu halangan bagi mereka untuk bergaya dan mengikut trend semasa. Jadi, di sini ingin saya kongsikan tips-tips pemilihan pakaian untuk golongan yang berbadan besar agar sentiasa kelihatan yakin tampil di khalayak ramai.

1.Kebanyakan wanita yang berbadan gempal lebih suka memilih pakaian berwarna hitam. Jika begini fesyen anda seperti orang berkabung.

2. Jangan bimbang memilih kain berwarna garang, corak besar dan menarik.

3.Jangan pilih kain yang terlalu lembut seperti satin dan lycra kerana bentuk badan yang hendak disembunyikan akan lebih ketara.

4. Apabila membuat baju, blaus atau skirt, usah memilih fesyen yang beropol kerana anda akan kelihatan lebih besar.


5. Pilih lengan baju potongan penuh atau tiga suku kerana berlengan pendek akan menyebabkan bahagian lengan kelihatan besar dan berisi.



6. Apabila memilih seluar panjang, potongan lurus dan tidak mempunyai poket lebih sesuai manakala panjang skirt pula lebih menarik jika ia di bawah paras lutut.

7. Elak pakaian mini iaitu potongan di atas paras lutut dan ketat.


8. Jika leher anda agak pendek, elak kenakan fesyen pakaian yang mempunyai kolar kerana seolah-olah kepala anda terperosok ke dalam kolar baju. Sebaliknya pilih fesyen berleher V.

Memetik kata-kata Juliana Ashikin Mohammad Tahir, 25, pemegang Ijazah Undang-Undang UiTM Shah Alam, “ Memang sensitif bila saiz tubuh yang menjadi tajuk perbualan, tetapi apabila kita semakin matang biarkan sahaja. Saya jenis yang berfikiran terbuka dan senang dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan”. Gadis yang selesa dipanggil Julie ini turut menyuarakan, “ Berbangga dan cintailah diri kita seadanya kerarana ia tidak akan mengheret perasaan kita ke lembah kekecewaan meskipun apa juga dugaan yang datang ".

Kini, semakin banyak butik yang menawarkan pakaian bersaiz besar yang cantik dan berfesyen. Asalkan sanggup mengeluarkan belanja lebih, pilihan memang ada di mana-mana. Sebagai contoh, Butik Moleque yang beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, menawarkan pakaian bersaiz besar. Selain itu, Butik Real yang terletak di aras satu pusat membeli belah MidValley turut menawarkan pakain yang bersaiz besar.

Akhir kata, di dalam dunia fesyen tidak wujud sebarang diskriminasi rehadap mana-mana golongan tidak kira kecil, besar, tua atau muda, asalkan kena pada tempatnya kerana fesyen adalaah untuk semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails